Thursday, May 23, 2013

~~Elak riak~~

Bismillah...

Elak riak... simple... mintak jauh jauh jauh dan jauh....

Tunggakkan 50 henggit tak yah la nak riak... 50k ok gak...afdal sujud syukur dengan rezekiNya dah mencukupi... ye doppp...

Entry paling pendek..... hukhukhuk

Thursday, May 2, 2013

~~Mereka yang Perlukan Khidmat Kami~~

Bismillah...

Sungguh mahu pengsan dengan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal. *pengsan???? melampau. Musim PRU13 sangat-sangat hangat ni bermacam-macam la cerita xoxoxoxo.

Antaranya, masalah sosial yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan oleh kebanjiran rakyat Kelate di negeri-negeri lain. Mereka merantau ke negeri lain kerana ingin mencari rezeki. Wahhhhhh... Bestnya kenyataan itu. Kan kan kan... lagi... kerajaan negeri kelate gagal memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyatnya yang menyebabkan rakyat mereka yang miskin itu mengembara ke negeri lain... *tangan kat bahu mata ke atas.

Saya akui, saya dan suami adalah perantau yang sekarang ni menetap di Melaka. Adakah kami yang merantau dan terhegeh-hegeh datang ke Melaka nak mencari rezeki????? eh ye ke bang??? kita merantau eh??? kita eh tersengeh-sengeh datang Melaka???? ye ke???? eh lupa ingatan lak rasa. Jap nak ingat balik. Bila masa lak aku nak datang ke sini eh??? Eh bukak-bukak mata terus duk kat Melaka.. *tangan kat dagu, mata ke atas, sambil memikir bila masa aku dan suami datang ke negeri orang ni.

Seriouslyyyyyy... kami suami isteri kakitangan Malaysia *korang paham tak maksud kakitangan Malaysia tu????, kalau tak paham korang ketuk kepala kat dinding jap ye. kami tak mau pun tinggal sini... of course la kalau korang tanya sesapa pon mesti la kita nak duduk di negeri sendiri hokey... Tapi tu la bila mintak ke sana (negeri miskin itu)... mereka cakap tiada kekosongan, penuh, teruskan usaha mohon pertukaran dan bla bla bla... itu satu la,,, keduanya, permohonan awak ditolak sebab negeri selain dari kelate ni kekurangan guru agama. kami tak boleh lepaskan awak... nanti susah nak dapatkan pengganti... eh ye ke???? rakyat korang kan ramai??? suruh la jadi guru agama... eh dorang takde kelayakan la..... oh yeke... kalau gitu ambil la yang ada kelayakan... alamak tak boleh la... susah la nanti... looorrrr kalau kat mulut asyik cakap susah memang la susah. ye doppp???? 

hokeyyyy... kalau korang tahu dan sedar diri yang korang yang memerlukan khidmat kami, jangan sesekali hina negeri kami. Hanya kami rakyatnya sahaja yang tahu apa yang ada di sana. Mungkin pembangunan di mata kamu ialah bangunan setinggi pencakar langit, namun pembangunan bagi kami ialah pembinaan rohaniah. *Korang paham???? Kan dah cakap korang takkan paham...

Syukur kami adalah rakyat Kelate. Kalau benci kelate jangan sesekali pijakkan kaki ke bumi hak sementara kami. Sebab hak mutlak hanyalah Dia.Tapi bagi kami... di mana-mana punca sumber rezeki, kelate ke, melaka ke, atau mana-mana ia tetap bumi Allah dan apa yang penting halal. 

Tak tujukan kepada sesiapa kecuali kepada yang tertelan cili. huhu. Salam kemaafan.

~~Rezeki Rahsia Allah~~

Bismillah...

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk membuat entry ini untuk diri sendiri. Sungguh, bila diamati saya rasa sangat sedih. Sedih dengan diri sendiri sebab masih kurang sikap bersyukur.

Baru-baru ini, saya mengisi borang pertukaran guru mengikut suami. Sangat tidak baik kan saya, kadang-kala merungut kerana terpaksa menghadapi perjalanan jauh ke tempat kerja. huhuhuhu... Astaghfirullahall'azim... Tidak bersyukurnya engkau wahai Robiah... 

Jangan sesekali kamu memandang kesenangan orang lain, kerana pasti kamu akan merungut kerana kesenangan itu bukan milikmu... Tapi pandanglah kesusahan orang lain, agar kamu tahu yang kamu sangat beruntung seterusnya menjadikan kamu seorang yang bersyukur. Sering kali kita menyatakan ajal maut rezeki di tangan Allah.. Tapi kenapa perlu ada sikap bersangka buruk dengan rezekiNya.

Ya Allah... sesungguhnya aku insan kerdil yang selalu lalai dalam mensyukuri nikmatMu. Ampuni segala dosaku.. Jadikan aku orang yang lebih baik di mataMu. 

Apa guna menjadi seorang pendidik jika memilih anak murid.. Apa guna menjadi daei jika memilih mad'u. Dia meletakkan diri ini di sana pasti ada hikmah di sebaliknya. Sudah semestinya kerana mereka lebih memerlukan aku menyampaikan ilmu. Jalankan tanggungjawab lillahi Taala.

Benarlah... bila ikhlas, hati ini mula rasa sangat seronok ke tempat kerja. Terasa sepanjang perjalanan mendapat restuNya. Andai dapatku nampak ganjaran bagi orang yang menyampaikan ilmu pasti aku akan berkata "Andai perjalanan ke tempat kerja ini lebih jauh lagi, akanku harungi semata-mata untuk mendapat keredhaanMu". Lindungi aku, berkatilah aku dan rahmatilah aku dan jadikan aku kalangan orang yang sabar.

Ameeen.

HATIKU MILIK ILAHI

HATIKU MILIK ILAHI