Thursday, May 2, 2013

~~Rezeki Rahsia Allah~~

Bismillah...

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk membuat entry ini untuk diri sendiri. Sungguh, bila diamati saya rasa sangat sedih. Sedih dengan diri sendiri sebab masih kurang sikap bersyukur.

Baru-baru ini, saya mengisi borang pertukaran guru mengikut suami. Sangat tidak baik kan saya, kadang-kala merungut kerana terpaksa menghadapi perjalanan jauh ke tempat kerja. huhuhuhu... Astaghfirullahall'azim... Tidak bersyukurnya engkau wahai Robiah... 

Jangan sesekali kamu memandang kesenangan orang lain, kerana pasti kamu akan merungut kerana kesenangan itu bukan milikmu... Tapi pandanglah kesusahan orang lain, agar kamu tahu yang kamu sangat beruntung seterusnya menjadikan kamu seorang yang bersyukur. Sering kali kita menyatakan ajal maut rezeki di tangan Allah.. Tapi kenapa perlu ada sikap bersangka buruk dengan rezekiNya.

Ya Allah... sesungguhnya aku insan kerdil yang selalu lalai dalam mensyukuri nikmatMu. Ampuni segala dosaku.. Jadikan aku orang yang lebih baik di mataMu. 

Apa guna menjadi seorang pendidik jika memilih anak murid.. Apa guna menjadi daei jika memilih mad'u. Dia meletakkan diri ini di sana pasti ada hikmah di sebaliknya. Sudah semestinya kerana mereka lebih memerlukan aku menyampaikan ilmu. Jalankan tanggungjawab lillahi Taala.

Benarlah... bila ikhlas, hati ini mula rasa sangat seronok ke tempat kerja. Terasa sepanjang perjalanan mendapat restuNya. Andai dapatku nampak ganjaran bagi orang yang menyampaikan ilmu pasti aku akan berkata "Andai perjalanan ke tempat kerja ini lebih jauh lagi, akanku harungi semata-mata untuk mendapat keredhaanMu". Lindungi aku, berkatilah aku dan rahmatilah aku dan jadikan aku kalangan orang yang sabar.

Ameeen.

No comments:

Post a Comment

HATIKU MILIK ILAHI

HATIKU MILIK ILAHI