Monday, January 14, 2013

Siapa Hana Tajima?

Bismillah...


Assalamualaikum...

Semenjak melibatkan diri di dunia blog dan setiap kali melayari blog yang ditulis oleh perempuan, setiap kali itulah saya terbaca nama Hana Tajima. Banyak blog perempuan menyebut nama ini terutama apabila dikaitkan dengan fesyen busana muslimah. Gambar-gambar yang disertakan membuktikan fesyen rekaannya begitu menjadi ikutan gadis-gadis bertudung masakini. Nama ini juga sering menjadi sebutan di kalangan penulis blog Muslim. Dia juga sering muncul di media BBC UK dan Brazil.


Siapa sebenarnya Hana Tajima?

Secara ringkas, nama sebenarnya ialah Hana Tajima-Simpson, berusia 23 tahun (pada 2011). Berasal dari sebuah keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupannya. Bapanya berasal dari Jepun dan ibunya wanita keturunan Inggeris. Mula memeluk Islam seawal usianya 17 tahun dan minatnya terhadap Islam bermula sewaktu di sekolah tinggi dan berkawan dengan beberapa pelajar Muslim.

Daripada sahabat Muslim itulah Hana secara perlahan-lahan tertarik dengan falsafah Islam seterusnya mempelajarinya terus daripada sumbernya iaitu al-Quran. Baginya, al-Quran tetap sama dari sebelumnya yang menunjukkan ia boleh menjadi titik rujukan bagi semua perkara. Segala kebenaran yang dibawa oleh Islam membuatkannya tidak boleh berkata tidak seterusnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Hana mula mengenakan hijab pada hari yang sama dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan ia berlaku tanpa sebarang paksaan. Baginya, ia adalah cara yang terbaik yang membezakan kehidupannya di masa lalu dan akan datang. 

Anda juga boleh membaca kisah selebihnya DI SINI.


Kini, fesyen busana Muslimah yang diusahakannya mendapat sambutan daripada kalangan muslimah seluruh dunia malah turut diterima di kalangan yang bukan Islam.

Anda boleh layari laman blog peribadinya Hana Tajima-Simpson dan juga blog fesyen miliknyaStyleCovered untuk maklumat lanjut berkenaan perkembangan terbaru.



Sumber: http://mylightsaber2803.blogspot.com/2011/07/artikel-siapa-hana-tajima.html

Sunday, January 13, 2013

~~Rindu Tea C Peng Special Sarawak~~

Bismillah....

Dulu masa 1st posting saya dihantar ke Miri Sarawak... 6 bulan saya hidup di sana minuman yang sangat3 sedap dan saya sangat3 suka ialah Tea C Peng Special...

dah 2 tahun lebih tinggalkan Sarawak tiba2 teringin nak merasai keenakan minuman ini lagi... hah sudahhhhh... apakah???? tekak saya yang nak rasa or tekak org lain.... doa2kan ye... hehe tiba2.

Memandangkan keinginan membuak2 jadi saya google la resepi untuk penyediaan minuman yang sangat sedap ini... Rupa2nya senang aje nak buat... Jom saya kongsikan...

Teh_c_peng


Bahan-bahan ( - )


  • Teh Pekat
  • Susu Cair
  • Gula melaka pekat
  • ketulan ais

                                                                 Cara-cara

  1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. 
  2. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe!
  3. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... 
  4. Baru masukkan susu cair.
  5. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan²...
  6. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/10930

Beza yang special dan yg biasa... special kita letak pati perisa pandan... lagi sedap... mabelessssssss gituwww... In sha Allah akan diusahakan.

Wednesday, January 9, 2013

~~Apa Itu Aurat di Mata Wanita Kini~~

Bismillah....




Sememangnya kita harus berbangga dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh manusia dimuka bumi ini .Saban hari pelbagai kemudahan telah dicipta.Jika dulu air perlu ditimba,kini paip yang menjadi saluran wajib dirumah kita.Jika dulu tulang empat kerat inilah yang nenek moyang kita guna untuk membasuh ,berhujan panas berjalan berkilo2 meter semata2 untuk mendapatkan anak2 sungai,kini semua itu tidaklagi menjadi pilihan hati.Jika dulu lampu pelita ,unggun api menjadi penerang dikala malam menjelma sambil digunakan untuk menghalau nyamuk,kini pelbagai ciptaan telah wujud hasil dari pengkajian cendiakawan2 kita. Syukur pada Maha Pemberi Rezeki ini..

Tapi masih ada yang kurang.Semua pencapaian kita masih lagi perlu ditapis untuk diketahui mana baik buruknya.Pegangan kita yang berTuhankan Allah swt juga perlu lebih diperbaiki.Anak remaja pada hari ini terutamanya , masih mengambil enteng tentang pelbagai hukum hakam yang telah ditekankan agama.Jika mahu dibincangkan semuanya saya rasa tidak cukup satu hari untuk saya menulisnya.

Pelbagai kesilapan boleh kita lihat dikalangan umat muslim hari ini,lebih2 lagi isu yang kian mula dibangkitkan oleh wanita muslim iaini mengenai isu ‘aurat’. Alhamdulillah isu ini semakin mendapat tempat bukan sahaja dihati mereka bahkan jua di minda serta pemikiran mereka.Ramai yang mula sedar sedikit demi sedikit.

Kalau tidak benar2 berdassarkan dalil Al-Quran mahupun hadis nabi,saya rasa jika ditanya kepada 100 wanita muslimah diluar sana pada hari ini,tidak mustahil 78% daripada mereka masih jahil akan makna sebenar ‘aurat wanita muslim’.Sedih bukan??

Mungkin ada yang sekadar memakai tudung kerana ianya menjadi satu budaya?..,atau kerana fesyen..atau mungin kerana takut dikutuk orang disatu2 tempat! Lebih2 lagi orang2 kampung y mengenali diri.Adakah sebab itu sebahagian dari wanita kini hanya memakaii tudung apabila pulang kekampung dan kembal NORMAL (freehair) apabila duduk diluar kawasan ibubapa?

Tidakkah mereka tahu bahawa tujuan sebenar tudung adalah bagi memelihara kehormatan mereka?.Mengangkat martabat mereka?.Memelihara maruah mereka?.Juga supaya mereka dikenal sebagai wanita yang baik-baik.Mengapa?.Anda tidak suka menjadi baik?.Tidak mengapa..

Barangkali anda lebih takutkan manusia daripada yang maha Esa.Barangkali hipokrit didepan Allah SWT lebih senang daripada hipokrit dihadapan manusia.Barangkali takut anda kepadaNya hanya perlu dikala susah sahaja.

soalan saya inikah alasannya bagi mereka yang mengatakan tidak semua wanita freehair diluar sana itu JAHAT?

JAHAT bukan hanya dilihat sesama manusia tetapi juga pada Allah! Adakah anda cukup uuntuk dikatakan tidak jahat sekiranya syarat untuk jadi tidak jahat itu lebih diutamakan pada kepentingn manusia berbanding kepentingan serta hak Yang Maha Kuasa?.Fikir2 kanlah..

Tidak payah lihat jauh,lihat saja disekeliling kita berapa ramai yang masih tidak memakai tudung yang betul2 cukup syaratnya,bagaimana pula dengan pakaiannya..solekannya??Cuba anda tanya mereka,mereka sedar tak apa yang menjadi perhiasan mereka itu kadang kala boleh menjadikan mereka Tabarruj?

Saya tidak terkejut jika mereka menjawab," eh..,yeke,bukan dah ok ke ni..saya tengok akak2 saya even mama ssaya pon pakai macam ni,kawan saya..tak de hal la,ok la ni dah tutup semua la ni….and Tabarruj tu apa?… bla bla bla”

@" kita masih muda..time muda nila kita boleh cuba segala benda..esok dah tua orang kata buang tabiat pula.. ”

Mungkin juga pada yang datang dari kelas sedikit berada akan berkata," relax la…kalau macam ni la pemikiran bangsa kita,macamana kita nak maju…tengok negara barat tu walaupun diaorang bukan islam tapi macamana diaorang boleh berjaya? ”Dan tak mustahil anda akan terkedu disitu jika anda tidak mempunyai persiapan mempertahankan benteng keimanan anda.

Cuba anda fikirkan dimana silapnya?.Nak disalahkan didikan..rasanya setiap pelajar telah diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran agama islam sewaktu mereka disekolah!malah ada ibu bapa yang telah mula menghantar anak mereka ke sekolah agama dissamping sekolah kebangsaan,bagi menyiapkan diri mereka sepenuhnya sebelum menempuh alam dewasa.Tapi mana perginya nilai2 yang telah mereka pelajari disekolah dulu ??Adakah belajar setakat belajar hanya untuk satu gred tambahan ‘A’.Terjamin hidup anda dunia akhirat hanya dengan sederet bilangan A anda disehelai kertas yang kononnya menggambarkan andalah yang terhebat??

Maka tidak hairan jika ada dikalangan pelajar kita pada hari ini yang cukup baik, punya latar belakang baik,datang dari keluarga yang elok2,sekolah agama ,kebangsaan,menengah semua cukup…dengan matapeljaran agamanya yang lengkap serba A tidak pernah tidak dengan alasan ianya pelajaran yang mudah lulus! YA ! memang Islam itu mudah . Allah tidak akan memmbebankan umatnya dengan satu bebanan yang tidak mampu ditanggung hambanya.Namun mengapa ada diantara mereka yang maasih lagi ddengan mudah menggelincirkan diri mereka pada sesuatu yang mungkar??Islam payah ??cerewet?? maka timbul pula yang mengatakan jadi jahat lagi mudah daripada jadi baik.

Tidakkah anda takut dengan azab Allah ??Nauzubillah!Saya juga manusia biasa .Saya ada perasaan.Kadang kala saya merasa geram,tapi jauh disudut hati saya sangat sedih..lebih2 lagi jika mereka adalah orang terdekat @seseorang yang saya kenali.Sedih ,ye saya sedih!,kerna saya tahu apa balasannya kelak diakhirat dan saya kuatir jika mereka berbuat begitu kerna mereka tidak tahu atau buat2 tidak tahu.Maka terdetik disini saya mahu memperingatkan kembali. Saya tahu manusia juga mudah lupa dan sering leka.

Katahuilah para muslimah bahawasanya saya peduli tentangmu.Ketahuilah bahawa hati saya tidak sennang dengan melihat aurat kaum saya , yang cuba dipertahankan lain,sewenang2nya diberikan pada mereka yang tiada hak keatasnya.Kerna jika saya tidak menegur , mungkin saya juga turut dipertanggungjawabkan kelak!.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Ketahuilah sebab mengapa kaum ini punya harganya. Ketahuilah dari mana harga itu diletakkan.Ketahuilah ajal maut di tangan Tuhan.Ia boleh menjemput bila2 masa.Jika dibilang masa yang masih panjang,fikirlah adakah ia di tangan anda?.Fikirlah siapa yang bakal mendoakan anda kelak jika anda tidak menjaga perilaku sejak sekarang kerna berkemungkinan besar anak2 kita kelak akan mewarisi perlakuan kita atau mungkin lebih baik mahupun sebaliknya.Bak kata pepatah bapa borek anak rintik…tetapi jangan lupa bapa datng selepas 3kali kepentingan si ibunya.. =)

Sumber : ainulfarahinlife
http://lisanul-hakim.blogspot.com

ilalliqo' wama'assalamah

Saturday, December 29, 2012

~~Betulkah Persepsi itu???~~

Bismillah....

Ada sesiapa pernah tak dengar sesetengah persepsi org terhadap ustaz dan ustazah???

Persepsi apakah itu???

Persepsi ini:


Aku takpe la pakai macam ni... ketat2 sikit...                 singkat2 sikit.. tudung xlabuh xpe...                                    ko ustazah/ustaz tak boleh..

Persoalannya:

1. Ustaz/ ustazah je ke yang Muslim?
2. Ustaz/ustazah je ke yang kena ikut perintahNya?
3. Ustaz/ustazah je ke yang wajib menutup aurat   
    dengan sempurna?
4. Ustaz/ustazah je ke yang wajib labuhkan tudung?
5. Yang bukan ustaz/ustazah bukan Muslim ke?
6. Yang bukan ustaz/ustazah tak perlu ikut 
    perintahNya ke?
7. Yang bukan ustaz/ustazah sunat je ke menutup 
    aurat (tutup dapat pahala, tak tutup tak berdosa)?
8. Yang bukan ustaz/ustazah tak boleh ke labuhkan 
     tudung?

Situasi di atas saya pernah alaminya bukan sekali tapi banyak kali.

Yang bukan ustaz/ustazah pon ada yang lebih baik dari ustaz/ustazah.

Setiap makhluk yang ada di Dunya ni adalah milik Allah SWT.

Tak kira ustaz atau bukan ustaz.
Tak kira ustazah atau bukan ustazah.

Semoga kita semua mendapat keberkatan yang Maha Esa dan sentiasa berada di bawah payung Rahmat ya Rahman. Ameeen.

Ilalliqo' wama'assalamah

Thursday, December 27, 2012

~~Sayang Ummi dan Abi~~

Bismillah....

Hari kedua saya mula keje hari ni... (perkataan 'saya' lebih sopan bunyinya kan.. wl 'aku' lebih mesra)... Umair Qayyum duk ngan abi kat umah.. abi off hari ni.. so kena jadi babysitter.

Saya ke sekolah dengan perasaan agak berat... ye la abi and umair duk umah. Ummi pon nak duduk rumah gak... huhu... dengki... walau apa pon thanks to abi kerana sudi jagakan umair hari ni... esok lak macam mana???? kena bawak gi tempat keje ke? tgah fikir gak ni...

Tapi Alhamdulillah,,, Allah kan ada.. setiap masalah boleh diselesaikan jika kita memang mahu menyelesaikannya... survey pengasuh berdekatan rumah.. tapi nak ke dia jaga dalam masa seminggu or sebulan je?

Boleh dibawa berbincang... ye doppp? petang ni gi ziarah kawan sekolah lama... baru pas bersalin... baby 4 bulan.. (lama dah bersalin, saya je lambat ziarah.. boleh???) 

Rumahnya belakang rumah saya je... kebetulannya yang mengasuh babynya adik dia sendiri. So abi apa lagi ayat la sikit... hehe... tapi bukanlah sampai nak mintak belah kasihan... itu mmg takleh belah lah kan. tanya leklok la.. 

Tut tut tut.... Alhamdulillah adiknya sendiri yang meng'offer'kan diri untuk jagakan si anak ummi dan abi.. hohohoho... berbunga2 hati kami... syukur ada insan yang yang mengerti.. Tuhan sahaja akan membalas budi baiknya. So esok SAYANG ummi dan abi duduk rumah pengasuh leklok ye... jadi org baik2 supaya org sayang kita. Semoga Allah melindungi Muhammad Umair Qayyum walau di mana sahaja anakanda berada. Ameeen.

Saya anak yang baik 

Malam ni boleh lena tidur bila masalah telahpun selesai.

Ilalliqo' wa ma'assalamah

Wednesday, December 26, 2012

~~Onak dan Duri Sebuah Kehidupan~~

Bismillah...

Wahhh tajuk tak agak2 ek... onak dan duri gitu... hehe...

Sudah pasti kita biasa dengar ungkapan tersebut bukan? namun biasanya ia digunakan dalam novel ke, sajak ke, kalau digunakan dalam perbualan mcam pelik pulak.... skema bunyiknya... ye doppp???

Namun semestinya ia mmg wujud dalam kehidupan setiap manusia. Tak gitu... Aku tak pandai nak bermadah-madah... Tapi bagi aku kehidupan tiada makna tanpa dugaan dan ujian. Hidup senang memanjang pon sebenarnya ujian. Ujian paling berat untuk dihadapi... Ye la kan bila kita duduk dalam zon selesa ni membuatkan kita buta dengan mainan dunia yang bermacam.

Kesenangan kemewahan boleh menjadikan manusia lupa diri. Ye tak... Nauzubillah... Minta dijauhkan dalam hidup ini... Susah or senang semoga kita tidak lupa dari mana asal kita dan ke mana arah tuju kita. 

Aku cakap ini sebenarnya untuk diri aku jugak... Kadang kala terleka dan terlalai. Sama-sama la kita tegur antara satu sama lain. Kan... Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari bersikap Hubbu Dunia... Ameeen...

ilalliqo' wa ma'assalamah...

~~Kelate Negeriku~~

Bismillah....



Kenalkah kalian dengan bendera di atas???

yeeee... itulah bendera negeri tumpah darahku... ambo saye negeri kelate walau jauh di perantauan... semoga negeriku kelate akan sentiasa berada di bawah payung rahmatNya... ameeenn


ilalliqo' wa ma'assalaamah

HATIKU MILIK ILAHI

HATIKU MILIK ILAHI