Monday, December 24, 2012

~~Baiknya Anak Ummi~~

Bismillah...

Hari ni aku kena naik kerja... huhu.. bukan apa. aku kena siapkan minit mesyuarat guru yang lalu... tapi note book kat sekolah.. huhu.. kena ambil la jawabnya.. mesti korang pelikkan.. apa susahnya. pergi jela ambil habis citer. kan???

Tempat keje aku jauh le... 50km pergi and balik 50km.. 1hour on the road. entah betul tidak ayat aku ni. aku bukan reti omputih pon. mesti korang gelak kan.. do i care.. haha.

pastu mesti korang pikir... la 50km pon pergi je la kan... memang la.. tapi Umair Qayyum nak letak mana.. My Ensem Asben (MEA) keje . huhu. biasa anak buah MEA yang jaga. ni cuti sekolah kitarang bawak balik kg. nak pegi ambil kat kg sekarang MEA keje+++musim banjir kat kg. Lagi mesti korang fikir, pegi jela ambil anak buah kat kg. lorrrr.. kg kitorang kelate la. Kelate melaka 10jam tau. aku kena bawak la jawabnya. dalam perjalanan jauh sebegitu agak susah nak bawak. biasalah kanak-kanak umur 1 tahun 7 bulan korang rasa akan duk diam tak dlm kereta. huhhhh risau2.

tapi mmg takde pilihan lain. kena bawak jugak.. MEA dah turun awal2 kat garaj keta.. Ye kena turun la sebab rumah aku pangsapuri.. takkan naik lak kan... melainkan kl garaj keta ko kat atas.. huhu.

masa tu aku ngah cari sesuatu yg sangat penting yg mesti dibawa bersama. cari punya cari tak jumpa2.. dah mula panas... cuti sekolah lama2 ni mcm2 kena ready bila nak bukak sekolah. tahu tak aku cari ape... Ni haaaa.. IC aku hilang... hari tu ada atas meja makan. letak situ sebab urusan jual beli rumah hari tu. 2 3 hari atas meja makan MEA pesan ngan wife dia ni.. ambil la kad tu simpan leklok. kang kl hilang payah pulak. wife dia yg baik ni menjawab aje kejenya. Ala kalau takde org ambil tak hilangnya.

Lepas tu ambil ko padan muka. tak nak dengar ckp suami. jangan ikut perangai aku ye.. suami ckap akurkan aje. dah hilang dah. dari atas aku menjerit.. bang ada nmpak IC orang tak.. hehe.. dia ckp xde. yg pasti aku la yang kemas koz kawan MEA nak dtg umah hari tu. then aku lupa letak mana. salah sendiri..

kang turun nanti mesti kena bebel. Apa lagi... MEA ckap.. itu la xnak dgar ckp abg. huhu.. yela ngaku salah. mmg tak jumpa terus. skrg ready nak bertolak. takde IC hidup mesti diteruskan juga.. masuk kereta. lorrr.. Umair qayyum dah dipakaikan seatbelt duk sebelah driver. hehe. leh pecaya ke ni.. boleh ke Umair Qayyum duduk sebaik itu sampai ke Muar. InsyaAllah. Dan ya Betul sepanjang perjalanan Umair Qayyum duduk baik-baik je kat seat tu.. Subhanallah baiknya anak ummi. bila 10minit nak sampai baru dia mula nak berdiri.



Baik kan anak ummi

Anak Ummi anak yang baik... Semoga jadi anak yang soleh untuk abi dan ummi.. anak yg taat dengan perintahNya, anak yang menjaga ibubapanya dengan baik, dan anak yang menegakkan agama di jalanNya. ameeen.

Ilalliqo' wa ma'assalamah

No comments:

Post a Comment

HATIKU MILIK ILAHI

HATIKU MILIK ILAHI